Monday, December 28, 2009

PUISI INI BUKAN MILIKKU

Puisi ini bukan milikku
Walau hampir separuh umur aku menyimpannya
Tak kutahu siapa empunya
Walau telah berlalu sekian waktu
Masih jua aku ingin ketahui
Siapa pemilik puisi ini
Puisi ini berbunyi...

Andai datang lagi rerama itu
lalu hinggap di ambang pintu
mohon biarkan ia di situ
kerana itu adalah aku
yang asyik merindu

Hadirlah...
aku masih menanti
walau telah putih rambutku kini
kerana puisi singkatmu
telah mampu menjerat aku
di sini...
di persada puisi puisi...

No comments:

Post a Comment