Apakah masih ada tersisa ingatan buat ku
Kalau yang terhenti nafasnya adalah aku
Apakah nesanku kan hijau sendiri
Kerana tak pernah kau sentuh lagi
Dan lalang menghiasi pusaraku
Kerana kau enggan bertamu
Ku jenguk ke kamar hatimu
Namaku kah yang terukir indah di situ
maafkan aku
telah ada tamu...
sayu..pilu...
dan bacaan talkin semakin sayup
sayang...
Helaian tinta cinta kita
telah usang warnanya
Telah padam memorinya
No comments:
Post a Comment