Monday, December 28, 2009

CINTA ITU TELAH MATI


Aku terus memerhatikanmu dari jauh
Meninggalkan jejak kaki di dada pasir
menurut jejakmu satu persatu
Di sini aku mengerti
Tidaklah murah airmata seorang lelaki
yang menangisi kekhilafan yang tak mampu untuk di padam
Kerana kekhilafan itu nilai sebuah nyawa
Pergilah wahai lelaki
Kerana di sini...
Airmatamu tidak di hargai kerana
cinta itu telah mati
Setelah sekian tahun menelan derita
yang kau hadiahkan
Usah kau rayu pada kami kerana...
kami jua mengerti
Cinta yang mati itu
tidak pernah ada pusaranya...

No comments:

Post a Comment