Menatap kad undangan yang indah di tanganku,aku tanpa sadar mengalirkan airmata.Itulah cadanganku dulu masa usulkan kau mencari permaisurimu.Kataku...kau sudah layak menjadi suami dengan sikap pribadimu yang terpuji.Tapi kau hanya tertawa,katamu tiada siapa yang sudi.Dan aku berasa lega di hati.
Masa terus berlalu dan dalam kesibukan kau masih tetap sahabat terbaikku walau kita hanya berbual di maya mega.Mendengar jenakamu yang sering menghiasi hari suram ku membuat tiada rasa hari berlalu.
Bulan berganti tahun.Dan kau mulai tenggelam dalam urusan kariermu.Aku mulai merasakan kita kian jauh.Kau dah tak punya waktu untuk mendengar rungutanku.Dan aku kian sadar yang teman kesayanganku telah menemui permaisuri di hati.Kau boleh sembunyikan pada yang lain tapi tidak padaku.
Terharu aku mendapat tahu berita pertunanganmu dan belum sempat kering airmataku sampai pula berita pernikahanmu.Kalaulah sahabat itu ada peringkat keutamaannya.akan ku catat namamu di tangga pertama.
Aku tahu dah tiba waktu aku lepaskan dgn redha dirimu.Kau tak akan sempat bertanya khabarku seperti dahulu.Dan aku tak boleh lagi menghubungimu sesuka hatiku.Tapi menyadari kau telah menemui kebahagianmu.Aku bersyukur,aku akan bahgia melihatmu bahgia.aku akan tetap merinduimu.Namun hanya doa yang aku mampu iringi di setiap langkah kakimu.Dan kalau ada ingatanmu buatku selepas usai solatmu...aku mohon
doakan agar aku kuat selalu seperti saat kau menemaniku dulu dan akan terus kuat lebih dari dahulu.
Tuhan...lelaki ini pernah menarik aku bangun dari rasa kecewa yg maha dalam.Aku mohon kau anugerahkan lah kebahagian yang melimpah buat mahligai yang bakal di binanya kerana aku yakin lelaki sebaik dia layak buat wanita pilihanmu jua.kekalkan jodohnya dalam kasih sayang hingga ke hujung nyawa.