
Telah terlalu lama peristiwa itu,namun adalah memori yang manis di zaman remajaku.Ketika itu adalah cuti persekolahan pertengahan tahun.Di pekan kecil yang terletak di tepi pantai,di maklumkan akan di adakan pesta tahunan anjuran sebuah syarikat besar dengan kerjasama majlis daerah buat pertama kalinya.
Aku berasa begitu teruja ingin melihat persiapan yang di lakukan.oleh kerana hanya satu batu dari kampungku,aku kesana dengan mengayuh basikal.ada banyak khemah - khemah kecil yg di bina dan telah ada beberapa ruang berniaga yang sedang di selenggara oleh para peniaga yang datang dari berbagai tempat.
Aku leka berdiri di depan sebuah gerai yang kelihatan bakal menjadi kedai bunga tiruan.BIla tiba -tiba seorang lelaki yang aku yakin tuan punya gerai tersebut menegurku dan menawarkan kerja sementara di situ.Kerja…di kedai bunga…adalah sesuatu yg menarik padaku yg berusia 17 thn.tapi apakah abah bagi kerana kerja ini akan membuat aku pulang lewat mlm?
Aku mengaku berminat tapi perlu meminta izin dari orang tua.Mr Robin meminta aku datang esok pukul 10 pagi andai aku menerima tawarannya.Melihat suasana petang mulai suram,aku berkayuh pulang dengan bersemangat sampai tak sadar turun bukit aku masih berkayuh.Kadangkala aku terfikir,apa betul namaku ayu…atau ayub barangkali.
Esok menepati masa ngan izin ayah bonda…ceeewaaahhh.aku mengatur langkah ke gerai Mr.Robin.maka bermulalah pengalaman ku sebagai jurujual digerai pesta.Heran…di awal pagi itu,pelanggan pertamaku adaah seorang lelaki.Begitu tampan dalam pakaian seragam.Polis rupanya..mataku yang nakal sempat menjeling tag nama di dadanya.Shafie…manusia pertama yang mengenalkan aku apa erti rindu…
Memang ramai anggota polis yang bertugas di tapak pesta yang terbesar dalam sejarah Negeri Sembilan pada waktu itu.Semakin petang keadaan semakin sibuk..ramai yang datang membeli bunga dan dalam kesibukan aku merasakan ada mata yang galak memerhati.Namun aku tak mampu mencari dalam kesibukan di malam begini
Dan hari terus berganti hingga aku dah pasti milik siapa mata itu.Dia hadir setiap hari,menjadi pelangganku yang bisu.Hingga aku tertanya…di kawasan pesta yan luasnya hampir dua ekar menganjur ke pantai apa dia hanya nampak gerai ku untuk di jaga?Dan dia ada di kawasan berhampiran setiap malam waktu aku balik menanti abah jemput.
Hingga pada satu hari pelanggan bisuku ini tiba tiba bersuara.Bertanya samada aku sudi berkawan dengannya.Gayanya yang gugup buat aku berasa lucu.Mungkin dia telah menghafal ayat tu selama dua minggu ini.Dengan riak muka hairan aku bertanya semula.Errr…apa selama ini kita pernah bergaduh ke?Tiba tiba dia tersenyum,aku terpaksa mengaku dia punya senyuman yang memikat.Patutlah dia sentiasa serius…kalau tak mau berderet makwe terpikat.
Aku tak keberatan berkawan dengan dia.bukan berkawan sebenarnya,di lawati olehnya saban hari.Rasa cam kat wad lak lagi teruk rasa cam kat zoo…he..he..Tapi aku meminta kalau dia hendak kemari biarlah bukan dalam uniform kerana padaku uniform ini di sarung bersama amanah yang di pikul,bukan untuk mengurat.Cayala…dia memenuhi permintaanku.Dia akan memerhati dari jauh tika bertugas dan akan datang sebaik habis duty dan menukar pakaian.Aku berasa bangga melihat dia datang pertama kali menemuiku di gerai dengan pakaian biasa,t shirt dan jeans.
Kerana dia dating awal pagi,pertama kali aku dapat menatap wajahnya dengan jelas.Agak tinggi orangnya ,berkulit cerah dengan wajah bersih tanpa misai.Tapi aku tak berani menatapnya lama kerna sadar dia sedang menatapku.Lagipun aku mana berani menatap wajah lelaki…Tak pernah aku buat.
Pelanggan tiada,jadi kami berbual dgn seorang di luar dan seorang di dalam.Tiba tiba terdengar suara boss menyampuk.Dekat kl kalau ada sorang macam ayu ni kan,sekejap jer ooo,orang sapu.Amboi boss aku.Mulut tak ada insuran.Aku merungut tapi dalam hati jer.Aku tak berani memandangnya,aku tahu dia sedang tersenyum memandangku.
Dalam keadaan malu aku memutar mutar sebuah pasu besar di sudut gerai.Tiba tiba dia bertanya soalan cepumas.Dah ada yang punya ke,sambil matanya menatap cincin berlian yang berkilau di jariku.Cincin yang tak pernah lepas dari jari kerana di beri oleh mak tiri tak jadi aku.Dan ianya ku sarung pagi tadi di jari manis.sajer nak menunjuk tanpa terfikir akibatnya.
Dan aku tanpa berfikir panjang menjawab…memanglah ada .Ku lihat airmukanya berubah tapi aku memang tak sensitive langsung.Dia bertanya lagi,dah lama?Aku memerah lagi air limau di luka yang baru tertoreh…dari lahir lagi.Siap ngan muka yang slumber…Tiba tiba dia bersuara perlahan,maaf saya tak tahu.dan aku berlagak poyo menjawab,tak per,bukan penting sangat sedang dalam hati aku mulai berasa serba tak kena.apa yang aku buat gurauan ni?
Dia mintak diri selepas meminta maaf kerana menganggu selama ini.Aku panik namun kelu untuk bersuara.Aku ingin menahannya dan berterus terang aku hanya kepunyaan ibu bapa ku…Dan aku hanya bergurau tadi.namun segalanya terlewat bila aku tak mampu mampu menahannya dan langkahnya semakin jauh.
Rupanya itulah kali terakhir aku melihatnya.esok dia tiada muncul lagi dan aku tertanya -tanya kemana dia pergi.Haripun terus berlalu,tiada jua muncul wajahmu.Dan tanpa sadar aku mulai merasai kehilanganmu.Aku tak mampu menidakkan rasa aneh yang hadir.aku merinduimu…
Aku menerima hukuman setelah menjadikan perasaanmu satu gurauan.Maaf Shafie…ayu terlalu mentah waktu itu. Aku mendapat satu pengajaran…kalau bergurau biarlah pada tempatnya.Ianya akan ku pesan buat anak gadisku satu hari nanti agar dia tiada akan turut merasai keperitan ini.
Pesta terus berlalu dan berakhir.Harapanku hanya tinggal harapan.Shafie…walau di mana kau saat ini,aku mendoakan semoga kau bahagia.Maafkan aku…hanya itu yang aku pinta.Kenangan bersamamu tersimpan indah di lipatan memori.Dan rinduku pada mu kian sirna di makan hari.
No comments:
Post a Comment