Monday, December 28, 2009

PUISI INI BUKAN MILIKKU

Puisi ini bukan milikku
Walau hampir separuh umur aku menyimpannya
Tak kutahu siapa empunya
Walau telah berlalu sekian waktu
Masih jua aku ingin ketahui
Siapa pemilik puisi ini
Puisi ini berbunyi...

Andai datang lagi rerama itu
lalu hinggap di ambang pintu
mohon biarkan ia di situ
kerana itu adalah aku
yang asyik merindu

Hadirlah...
aku masih menanti
walau telah putih rambutku kini
kerana puisi singkatmu
telah mampu menjerat aku
di sini...
di persada puisi puisi...

CINTA KITA TELAH PADAM MEMORINYA

Apakah masih ada tersisa ingatan buat ku
Kalau yang terhenti nafasnya adalah aku
Apakah nesanku kan hijau sendiri
Kerana tak pernah kau sentuh lagi
Dan lalang menghiasi pusaraku
Kerana kau enggan bertamu
Ku jenguk ke kamar hatimu
Namaku kah yang terukir indah di situ
maafkan aku
telah ada tamu...
sayu..pilu...
dan bacaan talkin semakin sayup
sayang...
Helaian tinta cinta kita
telah usang warnanya
Telah padam memorinya

AKU TAK MAMPU

Aku tak mampu menjadi wakil bersuara
Buat cinta cinta yang teraniaya
walau aku pernah merasa
derita pedih peritnya

Aku tak mampu menghulur tangan
Menarik bangun cinta yang runtuh
Mendakap hangat cinta yang kedinginan
Walau jauh di sudut hati
Aku berkeinginan

Aku ingin punya kuasa
Namun tidak sebagai dewi cinta
Yang hanya melepaskan anak panah
melukakan enggan merawati

Wahai cinta cinta tulus
Yang jatuh bagai renyai dari langit
Bertebaran di pelusuk bumi
Aku mengakui
Memori wujudmu
menyerlah bagai pelangi
Mungkinkah di situ
Cinta cinta kami yang mati bersemadi...?

SIAPAKAH DIA

Siapakah dia yang mampu
mengerti rasa derita
akan cinta yang matinya tidak barangkali
Tapi merah warnanya
Terpalit darah darah yang tak pernah kering
Dari luka luka yang tak pernah terlihat

Siapakah di...
Yang mampu memperjelaskan maksud
Akan erti pengorbanan
Yang jelas adalah beban

Rasanya kalau di wujudkan kamus cinta
pasti takakan abis frasanya
kerana...
erti cinta terlalu banyak maknanya...
matinya tak bertanda dan
pusaranya tak pernah ku jumpa

CINTA ITU TELAH MATI


Aku terus memerhatikanmu dari jauh
Meninggalkan jejak kaki di dada pasir
menurut jejakmu satu persatu
Di sini aku mengerti
Tidaklah murah airmata seorang lelaki
yang menangisi kekhilafan yang tak mampu untuk di padam
Kerana kekhilafan itu nilai sebuah nyawa
Pergilah wahai lelaki
Kerana di sini...
Airmatamu tidak di hargai kerana
cinta itu telah mati
Setelah sekian tahun menelan derita
yang kau hadiahkan
Usah kau rayu pada kami kerana...
kami jua mengerti
Cinta yang mati itu
tidak pernah ada pusaranya...

IZINKAN AKU SAYANG



Tunggulah aku sayang...
Matahari belum berselubung
Hanya berselindang jingga yang
berpanca warnanya

Usah lepaskan sayang...
genggaman jemariku kerana
Esok tiada lagi kesempatan lagi buatku
Untuk menyentuh dirimu

Jangan lupakan sayang...
Akan wujudnya seorang aku
Yang tega memendam kasih demi bahgiamu
Walau kau tempah derita buatku

Di sempadan detik kasihmu beralih arah
Izinkan aku sayang...
Mengucup tanganmu,terima kasih atas segalanya
Dalam terpaksa kau ku lepaskan jua
Dan mentari beradu di persada
Esok...
Kau akan lihat aku masih di sini
Tapi sendiri...
Doa tulus ku titip buatmu
Semoga kau bahagia
Kasihku tenang di pusara yang tiada nesannya...

SEBUAH CATATAN




Sepi membawa aku
Menyusuri lagi pantai ini
Untuk berlutut lagi di gigi air
Lalu ku sapa laut yang setia
Kulambai camar yang ceria
Menyusuri semula pantai ini
Hanya sekadar mengutip kembali
Memori dahulu
Yang bertabur di dada pasir
Untuk kuuntai menjadi kalungan rindu
Buat hiasi ruang dalam kalbu
Yang sepi dan beku
Sesekali mengunjungi pantai ini
Akan kuhimpun kembali
Kenangan semalam
Yang melimpahkan kembali kerinduan
Sayang...
Rona suram telah mengajakku pulang
Melangkah meninggalkan
Jejak jejak di dada pasir
Lalu untuk kesekian kalinya
Ku toleh ke laut dan berbisik
Lautku yang setia
Katakanlah pada karang,ombak dan burung camar
Limpahan rinduku
Tak akan pernah surut
Hingga ke penghujung...

SEORANG GADIS DI TEPI JENDELA


malam pun berlalu di halau waktu
Keunguan menyusupi hati bersampingan
Seorang gadis di tepi jendela
Memerhati percikan sinaran rembulan
menampar nampar lembut pipinya
Mengertikah rembulan pada salam kerinduan
Yang di kirimkan
Seorang gadis itu lagi
Cuba membenamkan segala hatinya
Untuk rasa kerinduan
Ah...cemburukah olehnya
Dengan nyanyian sang pungguk
Yang melagu erti rindu
Dalam kelam bintang bintang yang
Bergantungan dan sepi malam di ragut oleh
Kehadiran mimpi yang indah
Seorang gadis lena di tepi jendela
Dalam kebiruan warna hatinya

Saturday, December 26, 2009

BILA MERENUNG WAJAHMU



Bila merenung matamu...
baru ku tahu
ada hamparan di gunung harapan
bersama lambaian mesra
akukah yang telah mengetuk pintumu
dengan santun
lalu beriringan menyanyi lagu rindu..?

Bila merenung bibirmu...
baru kutahu
ada bicara yang tersangkut
melewati jaringan waktu
akukah yang akan menjawabnya
satu persatu
mengakhiri penantian berertimu..?

bila merenung wajahmu
dalam kesempatan yang terbatas
dapat ku tahu
sunyi hatiku akan berlalu

SEPI YANG BERULANG


Di kamar ini
Ku meterikan rindu
yang kau persendakan
Dan kukumpul serpihan luka
Dalam sendu dan pilu

Kurakam bicara itu
Bagai mimpi yang berulang
Ku ukir kenangan bersama kepahitan
Ku hampar harapan.
di hujung tangisan
Ku pasrah segalanya
kerana
restu tidak pada kita

Hari ini
sepiku berulang lagi
dan aku tetap merinduimu
biarpun pada angin petang

AKAN LUKAKAH HATIKU


cinta yang telah bermusim
membuat rinduku tambah mendalam
maafkanlah aku
kalau kejauhan ini menyiksamu
bolehkah aku bertanya
tentang kesetiaanmu padaku?

bagaimanakah nanti
akhirnya sebuah cerita cinta
yang telah kita ukirkan bersama...
apakah ada kebahagiaan buat kita
atau..
akan lukakah hatiku
oleh sebuah perpisahan yang pasti
kerana ketidaksetiaanmu.....?

Thursday, December 24, 2009

AIR MATANYA KERING




Kulambai camar yang terbang
Lantas kutanyakan
Masih kenalkah kau siapa yang datang?
Namun camar enggan memandang...

Kulambai ombak yang ceria
Lantas kuulang menyoal lagi
Kenalkah kau padaku?
Namun ombak terus membisu...

Memang aku keras kepala
kudekati karang yang sejak tadi membeku
Lantas kubisikkan
kau pasti mengingati aku
Dasar batu,ia terus kaku

Bayu...
Tolonglah aku
bertahun tahun dulu
bukankah aku yang kalian kenali
saban hari hadir menegur ombak dan melambai pelangi
kini aku datang lagi
kerna dialah aku kembali
aku ingin terus berbakti
walau separuh jiwaku mati
aku berjanji dengan kalian menjadi saksi
cuma kali ini aku sendiri

Ketahuilah...
aku kehilangan tempat mengadu
semangatku punah jiwaku musnah
aku kembali mencari kekuatan

Camar...
apakah rahsiamu dapat
membelah awan biru
berilah rahsiamu padaku

ombak...
apakah petuamu mampu
terus menghulur kasih dan setia
sedang pantai terus membisu
namun kau tabah tak pernah jemu...

karang...
apakah azimatmu ampu
terus kukuh bertahan di situ
sedang ombak tak belas terhadapmu
berkongsilah denganku

sebenarnya...
hanya dia yang aku cinta
dengan kekuatan yang masih bersisa
aku akan terus setia di sini
walau separuh jiwaku mati
hingga saat aku di minta pergi...

Thursday, December 17, 2009

hanya tuhan yang tahu betapa aku merinduimu


kau tau aku menunggu
namun kau terlupa
kau sadar aku mengharap
tapi kau sengaja
kau perasan aku terluka
namun kau tega

betapa aku ingin membencimu
namun aku tak mampu
aku ingin lupa
aku tak berdaya

tuhan...
kenapa tak kau anugerahkan
kebencian padanya
dalam hati ini
agar api deritaku padam

perhubungan ini tanpa syarat
tapi mengapa
perpisahan ini ku rasa amat berat
dan malampun berlalu
membiarkan aku dalam sendu
lalu mimpiku

masih hanya di penuhi wajahmu kerana...
dalam kesakitan ini
ketahuilah
rinduku buatmu
tak pernah mati...

ketahuilah...


Ramai yang bertanya apakah hubungan antara kita,bila mendekat kita berselisih pendapat.menjauh kita gelabah puyuh.aku bertanya padamu.Apakah kita berkasih.eeeee...ucapmu.selisih.

Kau pula bertanya apa aku sudi menjadi matairmu.Aku hanya mampu ketawa dan menjawab.maafla...tak hinggin aku.

Tika itu kita bagai dua anak kecil yang nakal.Berlari ke padang permainan di waktu malam.Menghayun buai tinggi penuh semangat.Aku menjerit bertanya padamu,apakah kau boleh mencapai sebutir kemilau di langit itu buatku.

dengan bersemangat kau menjawab aku akan cuba.

kau hayun buaimu sesungguh hati dan aku menjerit jerit memberi semangat.bila tiba tiba ada tangan yang meraih buai kau dan aku serentak dan bersuara....kalian tau tak sudah pukul berapa sekarang?alamak abah ....dah hampir pukul satu pagi!.ya....suara lembut menyampuk.itu suara ibumu zul.cinderella jua sudah pulang ke rumah.kalian tak patut curi keluar begini.malam lak tu.

kau tunduk menjawab...zul hanya nak petikkan sebutir je bintang buat ayu ni.

ermmm...itulah kali terakhir kita jumpa sebab esok...kau mengikut keluargamu berpindah.semuda itu aku tak teringat nak bertanya ke mana.

zul...di malam begini tetiba aku teringatkanmu.ketahuilah....hingga saat ini belum ada seorang laki laki yang punya niat untuk menghadiahkanku sebutir bintang sepertimu.lucu namun yang pasti kenangan itu tak pernah hilang dari ingatan ini.

aku tak mampu mengingat dengan pasti siapa dirimu tapi aneh kerana di hati aku tau aku tak pernah berhenti merinduimu.....

Wednesday, December 16, 2009

Ucapkanlah...walaupun pahit akan ku telan jua



Hari ini aku tak dapat bertahan lagi.aku tak mampu menyembunyikan rasa bahawa dalam senyum...aku terluka.Aku cuba berdiam,namun rasanya ia tak kan mengubah apa apa.

Apa kau pernah tahu apa rasanya menjadi mangga ranum yang masam.Aneh ke soalan ku ini?Tapi rasanya beginilah yang aku alami saat ini.Kalau kalian tak percaya,kalian boleh saja bertanya kepada mangga ranum yang masam itu apa perasaannya.

Apakah perasaannya bila di kupas,dicicip lantas di letak ketepi.Ia pasti tertanya apa silap dirinya?Pasti dia tertanya tanya malah keliru,apa yang sebenarnya sedang berlaku.

Itulah apa yang aku rasa saat ini.aku terbiar dengan seribu persoalan yang bermain di fikiran.apa persoalan itu menyangka bahwa fikiran ku ini padang permainan?Kalau benar aku telah melakukan kekhilafan,apakah aku tak layak untuk mengetahuinya?

Berdiam tanpa dapat bercerita malah tak jua dapat bertanya benar benar boleh membuat aku sakit jiwa.Tolonglah....setiap kali aku cuba bicara.Kau akan menyepi atau tiba tiba jer menghilangkan diriAku cuma ingin amat mengetahui apa salahku atau kau menyesali apa yg telah berlaku?

Mungkin selama ini aku tak menyedari betapa kau menjadi sumber kekuatanku.
kau umpama span yang menyedut segala keluhanku malah bagai tilam empuk
menyambutku bila aku jatuh dalam kekecewaan.

Aku mula menyadarinya bila kau mulai sibuk dengan tugas di jawatanmu yang baru.aku baru sadar betapa berharganya kehadiranmu dalam hidupku selama iniTapi aku masih waras dan menyadari di mana bumi yang aku pijak.

aku tak peduli siapa pun dirimu.aku hanya ingin menumpang manja...tapi kalau kehadiranku yang bagai melukut di tepi gantang ini mulai menjadi duri di matamu aku hanya satu pintaku...berterus teranglah.Biar betapa pahit akan ku telan jua.

Selama ini kau bagai teman yang sentiasa berada di sisi dalam kelucuanmu yang manis.Aku pasti berasa lapang waktu bersamamu.terasa di sayangi serta di lindungi.Hingga aku hampir terlupa,teman kesayanganku ini jua insan yang punya perasaan.Pasti ada ketika terasa payah,terluka.dan ketika itu di manakah aku?

Walau apa keputusan yang kau ambil,aku hanya meminta satu...sekalipun kau ingin jauh dari hidupku.Tolong...aku mohon tolonglah nyatakan apa salahku.Setidaknya aku sempat meminta maaf kerana manalah tau kalau pada suatu ketika kau ingin berpaling aku tiada lagi setia berdiri di situ dalam remang senja kasihmu.....maafkan aku.